Biasakanlah Mengucapkan " YA DZAL JALALI WAL IKRAM"

BIASAKANLAH MENGUCAPKAN " YA DZAL JALALI WAL IKRAM" " Ya Allah ! yang Maha Agung dan Maha Pemurah "


Biasakanlah Mengucapkan " YA DZAL JALALI WAL IKRAM"
Biasakanlah Mengucapkan " YA DZAL JALALI WAL IKRAM"

Disebutkan dalam sebuah riwayat sahih dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda; "Biasakanlah melafazkan Ya Dzal Jalali Wal Ikram ( Wahai Tuhan yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan)."

Maksud daripada hadis ini adalah agar kita membiasakan dan memperbanyakkan mengucap lafaz tersebut. Ucapan yang serupa tetapi memilih nilai yang lebih besar adalah: "Ya Hayyu,Ya Qayyum (Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Yang Terus Menerus mengurus makhluknya)." Ada yang mengatakan bahawa lafaz "Ya Dzal Jalali Wal Ikram" merupakan nama yang paling agung bagi Allah, Tuhan semesta alam. Oleh kerana itu, sudah sepatutnya bagi seorang hamba untuk menyeru,memanggil dan berdoa kepada Allah dengan lafaz itu agar diberi kemudahan, kemenangan dan kebahagiaan.

(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu...... (al-Anfal;ayat 9)

Dalam kehidupan seorang muslim hanya ada 3 hari yang seakan-akan ketiga-tiga hari itu adalah hari raya baginya; iaitu:-

1. Hari ketika ia menunaikan solat fardhu secara berjemaah, dan ketika ia tidak melakukan kemaksiatan;

2. Hari ketika ia bertaubat dari segala dosa, ketika melepaskan diri dari belenggu maksiat, dan ketika kembali mentaati Tuhannya; dan

3. Hari ketika dia menemui Tuhannya dengan akhir perjalanan yang baik (husnul khatimah) dan amal yang diterima di sisi Allah.

Allah adalah satu2nya Penolong..
Jadikanlah " Hasbunallah wa ni'mal wakil" syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup kita.

Sumber: Buku La Tahzan oleh Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni.

BACA PENGETAHUAN TENTANG ISLAM YANG MENARIK DISINI

Tag : Biasakanlah Mengucapkan " YA DZAL JALALI WAL IKRAM", Biasakanlah Mengucapkan " YA DZAL JALALI WAL IKRAM", Biasakanlah Mengucapkan " YA DZAL JALALI WAL IKRAM", Biasakanlah Mengucapkan " YA DZAL JALALI WAL IKRAM" 

Silahkan Masukkan Email anda Untuk Update Fakta Lainnya: